3 Lelaki Bunuh & Rogol Mayat Remaja 13 Tahun

Riga suspek yang ditahan berkaitan pembunuhan kejam. – Agensi

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dibunuh dengan kejam dan mayatnya dirogol tiga lelaki yang menyerangnya. 

Terdahulu, mangsa pergi ke kebun keluarga di Kabupaten Lebak, Banten, Indonesia, bersama dengan abangnya pada jam 1 petang, 30 Ogos lalu.

Namun, mangsa ditinggalkan bersendirian kerana abangnya mahu keluar memburu burung. 

Apabila abangnya kembali, dia mendapati adiknya telah mati dengan kesan tetak di bahagian badan dalam keadaan separuh bogel. 

Siasatan polis mendapati, terdapat kesan sperma di badan mangsa dan berkemungkinan mangsa diperkosa sebelum dibunuh oleh suspek.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga suspek pada Rabu, 4 September lalu.

Soal siasat terhadap tiga suspek mendedahkan bahawa, mereka sudah merancang untuk memperkosa mangsa.

Bahkan mereka telah mengatur strategi ketika mengetahui mangsa bersendirian di pondok kebun tersebut. 

Berdasarkan keterangan suspek, sebelum kejadian itu mangsa sedang memotong kayu api di belakang pondok.

Suspek kemudian datang dan berpura-pura mahu meminjam parang yang dipegang mangsa dan dari saat itulah berlakunya jenayah kejam itu. 

Mangsa sempat melawan dan salah seorang suspek bertindak menyerang mangsa dengan parang sehingga menyebabkan kedua-dua belah tangan dan leher luka. 

Suspek juga mengaku mereka memperkosa mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa. 

Selesai melakukan jenayah itu, suspek melarikan diri meninggalkan mayat mangsa.

Motif kejadian adalah suspek tertarik dengan penampilan mangsa. 

Sumber: Kompas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *