Tidak Tahan Didera, Isteri Penggal Kepala & Potong Kemaluan Suami

Seorang wanita di Ukraine bertindak memenggal kepala dan memotong kemaluan suami selepas tidak tahan didera oleh lelaki itu sejak bertahun lamanya. 

Suspek, Maria, 48, kemudian mengambil organ ‘kembang kucup’ itu lalu diberikan kepada anjing untuk dimakan. 

Menurut suspek, dia telah sekian lama menjadi mangsa dera lelaki itu dan mengambil keputusan untuk membunuh mangsa kerana itu adalah jalan terakhir untuk dia ‘keluar’ dari neraka buatan suaminya. 

Berdasarkan siasatan polis, Maria menyerang suaminya, Oleksandr, 49, di bilik selepas mangsa pulang dari kerja syif malam dan tertidur awal pada 23 Ogos lalu.

Maria mencekik mangsa dan mengambil kapak lalu memenggal kepalanya.

Suspek menggunakan pisau dapur memotong kemaluan mangsa dan diberi kepada anjing peliharaan. 

Suspek cuba mengerat mayat mangsa tetapi gagal berbuat demikian dan terus berlari keluar rumah keluarganya di seberang jalan. Namun, salah seorang jirannya, Opanasiuk, ternampak Maria. 

“Tangan, kaki dan pakaian dia semua berdarah. Dia kata dia dalam masalah sebab dah bunuh suami dia. Saya tak percaya, saya ingatkan mereka bergaduh dan mungkin dia pukul suaminya. 

“Saya pergi ke rumah mereka untuk melihat jika suami dia perlukan bantuan. Apabila saya masuk ke bilik, ternampak mayat mangsa dan tilam penuh dengan darah. 

“Saya tanya Maria di mana kepala mangsa dan dia kata ada di dalam guni,” kata Opanasiuk yang kemudian memaklumkan kejadian itu kepada jiran lain sebelum menghubungi polis. 

Maria mengaku membunuh suaminya dan menjelaskan segala-galanya kepada polis sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. 

Berdasarkan soal siasat yang dilakukan terhadap jiran mangsa juga mengesahkan mangsa selalu memukul dan mengejar suspek dengan kapak tetapi suspek tidak pernah melaporkan kejadian itu. 

Sementara itu, anak pasangan itu, Viktor Fesianov tidak dapat memaafkan perbuatan ibunya.

 “Saya tahu dia mak saya tetapi saya tak nak jumpa dia lagi,” katanya. 
Maria bakal berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah. 

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *