2 Penyokong Malaysia Cedera Termasuk Patah Tangan

Penyokong Harimau Malaya patah tangan dirawat disebuah Hospital di Jakarta. (kiri)

KUALA LUMPUR: Dua penyokong Malaysia disahkan cedera akibat insiden penyokong Indonesia cuba menyerang mereka dan terkena lontaran objek di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Seorang daripadanya patah tangan dipercayai akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dari serangan penonton tuan rumah.

Sumber memberitahu, mangsa yang dikenali sebagai Izhar Atan kini mendapat rawatan lanjut di sebuah hospital di Jakarta.

Seorang lagi pula cedera di kepala dan belakang akibat terkena objek yang dibaling penyokong Indonesia. Dia bagaimanapun dikatakan hanya mendapat pesakit luar.

Sementara itu, ratusan penyokong Malaysia hanya dibenarkan keluar dari stadium kira-kira jam 12.45 tengah malam tadi selepas kawasan disitu disahkan selamat.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *