Isteri Maut Digigit Suami

Anggota polis ketika di tempat kejadian. – Foto Agensi

Jakarta: Seorang wanita maut apabila lehernya digigit suaminya hingga berdarah selepas pasangan itu dilaporkan bergaduh dalam kejadian di Desa Tobua, Kolaka, Sulawesi Tenggara.

iNews.id melaporkan, dalam kejadian pada Isnin lalu, Kasmawati, 36, meninggal dunia akibat pendarahan selepas lehernya digigit suaminya sendiri.

Ketika kejadian Kasmawati dilaporkan bertengkar dengan suaminya yang dikenali sebagai Jumardi.

Katanya, secara tiba-tiba Jumardi menggigit leher Kasmawati hingga berdarah sebelum lelaki itu melarikan diri.

Jiran yang mendengar jeritan Kasmawati yang meminta tolong segera membawa wanita itu ke klinik berhampiran tetapi mangsa disahkan meninggal dunia.

Jumardi kemudiannya ditangkap polis ketika sedang bersembunyi di satu kawasan semak tidak jauh dari rumahnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *