Seramai 4,362 Pelajar Ditawar Lanjut Pengajian Di UMS

Gambar Universiti Malaysia Sabah

KOTA KINABALU,: Seramai 4,362 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan Siswa-Siswi Baharu Sesi 2019/2020 dengan sesi pendaftaran kemasukan bermula hari ini.

Naib Cancelor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata jumlah tersebut merangkumi 2,570 pelajar atau 59 peratus dari Sabah, 1,690 pelajar (39 peratus) dari  Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan 102 pelajar (dua peratus) pelajar antarabangsa. 

Gambar Universiti Malaysia Sabah

Katanya pelajar antarabangsa itu berasal dari 14 buah negara, iaitu China seramai 72 orang, Brunei (Sembilan), Indonesia (Enam), Bangladesh (Tiga), dua pelajar masing-masing dari Korea Selatan dan Hong Kong dan seorang masing-masing dari Jepun, Filipina, Afrika Selatan, Gabon, Yemen, Maldives, Mesir dan Pakistan.

UMS turut menawarkan 178 tempat kepada pelajar kurang berkemampuan berdasarkan pendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan melepasi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan Unit Pengambuilan Universiti (UPU), katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Gambar Universiti Malaysia Sabah

Taufiq berkata pada tahun ini UMS turut menerima kemasukan lapan pelajar dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU). 

Menurutnya kesemua mereka ini ditempatkan di tingkat bawah Kolej Kediaman Tun Fuad untuk memudahkan pergerakan selain disediakan kenderaan khas untuk menghadiri kuliah.

Gambar Universiti Malaysia Sabah

Beliau berkata UMS juga menerima kemasukan 40 pelajar bagi program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sains Data) Fakulti Komputeran dan Informatik.

Kesemua pelajar akan tinggal di kolej kediaman dan akan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga Jumaat ini persiapan bagi menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan kampus, katanya.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *