Pesawat Dilencongkan, Penumpang Mahu Bersalin

MIRI: Sebuah pesawat domestik AirAsia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah, terpaksa singgah di Miri apabila seorang penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda mahu bersalin, semalam.

Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri, di sini, pada jam 5.28 petang.

Foto Ihsan Pembaca

Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun, ketika dihubungi berkata sejurus mendarat, penumpang terbabit terus dihantar ke Hospital Miri.

“Pesakit dihantar ke hospital dan selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 5.58 petang. Ketika kejadian, pesakit yang berasal dari Sandakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, penerbangan ke Sandakan itu kemudian diteruskan pada jam 6.27 petang sama.

Berita Harian

PRAMUGARI AirAsia dan kakitangan perubatan membantu penumpang yang melahirkan anak di dalam kapal terbang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan selepas mendarat di Lapangan Terbang Miri. – Foto Ihsan Pembaca
Pramugari AirAsia dan kakitangan perubatan membantu penumpang yang melahirkan anak di dalam kapal terbang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan selepas mendarat di Lapangan Terbang Miri. – Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *