Asyik Nangis Terus, Bapa Lempar Bayi Ke Dinding Sampai Mati

Roni ketika dibawa ke balai polis. Agensi

Seorang lelaki bertindak kejam apabila membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan ke dinding hingga mati selepas enam hari berkahwin dengan ibu kanak-kanak malang berkenaan.

Tribunnews melaporkan, Roni Andriawan membaling anak tirinya ke dinding beberapa kali selepas kanak-kanak berkenaan menangis tidak berhenti-henti.

Jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Desa Sukasari, Bekasi pada Isnin lalu ketika isteri suspek, Danis Aprilia yang baru dikahwininya tiada di dalam bilik.

Katanya, Roni berang selepas kanak-kanak berkenaan yang demam terus menangis walaupun mangsa sudah diberi ubat.

“Kerana berang Roni membaling kanak-kanak itu ke dinding hingga menyebabkan kepalanya cedera.

“Roni mengaku dia membaling anak tirinya sebanyak tiga kali dengan dua kali kepala mangsa terkena dinding,” katanya.

Ujarnya, apabila ibu mangsa masuk ke dalam bilik dia terkejut melihatnya anaknya tidak bergerak.

“Wanita itu segera membawa kanak-kanak itu ke klinik berhampiran tetapi doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Roni ditangkap tidak lama selepas kejadian itu dan dia akan didakwa atas tuduhan membunuh,” jelasnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *