Sabah, Singapura Rancang Wujudkan Pakatan Strategik – Junz Wong

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong

KOTA KINABALU: Sabah akan mengadakan pakatan strategik dengan Singapura bagi mewujudkan platform buat komuniti perniagaan kedua-dua pihak, yang diharap akan dapat memacu aktiviti ekonomi yang boleh membawa kesejahteraan dan manfaat kepada semua.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong berkata ia adalah antara perkara yang dibincangkan beliau dalam pertemuannya dengan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura Chee Hong Tat hari ini.

Beliau berkata turut dibincangkan adalah usaha meneroka kerjasama nilai tambah, teknologi dan rantaian nilai bagi memacu sektor pertanian dari segi pembangunan dan penyelidikan, logistik serta infrastruktur.

“Kami juga berbincang mengenai kerjasama dalam meneroka potensi perdagangan produk-produk makanan berasaskan pertanian, di mana dalam perkara ini Singapura boleh menjadi hub logistik,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Chee hari ini.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *