Pembayaran Fasa Ketiga BSH 2019 Akan Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank mulai 28 Ogos ini (esok).

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM1.23 bilion  dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.

Proses pembayaran akan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019.

Sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama Januari lalu dan fasa kedua pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan.

Ini termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima 4 orang anak.

Anak tanggungan merujuk kepada anak yang berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak OKU tanpa had umur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *