Imigresen Labuan Tahan 31 PATI Termasuk Kanak-Kanak

Antara yang diperiksa dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan

LABUAN: Jabatan Imigresen menahan 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dari Filipina dalam operasi di Skim Penempatan Masyarakat Pelarian (SPMP) Kiamsam pada Sabtu lepas.

Laporan Bernama memetik pengarah Jabatan Imigresen Labuan Asani Ladjani berkata operasi yang diadakan pada 1.30 pagi hingga 2.30 pagi itu melibatkan 35 anggota penguat kuasa.

Antara PATI yang Ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan

Katanya mereka yang ditahan ialah 10 wanita, 10 lelaki dan 11 kanak-kanak berumur antara lima dan 55 tahun, kesemua mereka dihantar ke Pusat Tahanan Sementara di Kimanis Papar, Sabah untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mereka direman 14 hari dan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1956/63,” katanya dan menambah serbuan itu bukan pertama kali dilakukan di penempatan itu.

Antara PATI yang Ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan

SPMP Kiamsam yang dibina lebih sedekad lalu diduduki ramai pendatang asing dari Filipina dan badan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa untuk melihat semula status penempatan kerana ada sebahagian penduduk di sana telah diberikan status pemastautin tetap.

Antara PATI yang Ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan
Antara PATI yang Ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan
Antara PATI yang Ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Labuan – Foto Jabatan Imegresen Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *