Pelajar Tingkatan Dua Dirogol Rakan Sekampung Dalam Semak Di Tepi Jalan Tenom-Sipitang

Sekadar Gambar Hiasan

PELAJAR PEREMPUAN DIROGOL RAKAN SEKAMPUNG

TENOM: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menjadi mangsa kerakusan nafsu kawan lelakinya apabila dirogol di dalam semak tepi Jalan Tenom – Sipitang, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menghubungi suspek yang juga kawan sekampung untuk mengambilnya di sebuah sekolah di daerah ini kerana mangsa ingin pulang ke kampung, kira-kira jam 4 petang.

Sebaik tiba di simpang kampung mangsa, suspek tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sehingga ke Jalan Tenom – Sipitang.

Suspek kemudian memberhentikan kereta Perodua Kancil di tepi jalan sebelum merogol mangsa di dalam semak.

Selepas kejadian, suspek mengambil gambar mangsa dan mengugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

Setibanya di rumah, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan di Balai Polis Tenom.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa, suspek berjaya ditahan di kampungnya, jam 8 malam tadi.

“Suspek berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *