Duo Semangka Terlampau

Video muzik Mantul Mantul yang menampilkan Duo Semangka dikatakan mengetengahkan aksi melampau.

INDONESIA: Dua wanita anggota kumpulan Duo Semangka di Indonesia diarah membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan memaparkan aksi terlampau dalam video muzik mereka Mantul Mantul.

Clara Gopa dan Vanya Kiara disoal siasat Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI) selepas menerima aduan daripada orang awam mendakwa aksi dalam video muzik mereka yang dimuat naik di media sosial sejak awal tahun ini, keterlaluan

Video muzik Mantul Mantul yang menampilkan Duo Semangka dikatakan mengetengahkan aksi melampau.

Ketua KPAI, Susanto berkata, aksi dan tarian dua penyanyi dangdut berkenaan dikhuatiri mempengaruhi kanak-kanak.

Dalam video muzik lagu dangdut bertajuk Mantul Mantul, dua penyanyi terbabit membuat aksi dianggap ghairah, terutama menggoyangkan payudara masing-masing hampir sepanjang masa.

Menurut Tribun News, Clara dan Vanya masing-masing membeli insurans bernilai satu bilion rupiah (RM308,742) untuk buah dada mereka.

Kiara digantikan dengan Variola May awal bulan ini, namun ketiga-tiga penyanyi itu menghadiri pertemuan dengan KPAI minggu ini.

Selesai disoal siasat, dua penyanyi itu bertemu dengan media tempatan untuk memohon maaf kepada orang awam.

“Ini pengajaran kepada kami supaya lebih berhati-hati pada masa depan.

“Kami masih mengekalkan imej seksi, namun tidak melakukan aksi melampaui batas,” kata mereka kepada media.

Sementara itu, pengurus Duo Semangka, Sonny Bule, mengakui kandungan video muzik mereka kurang sesuai untuk generasi muda dan dua penyanyi berkenaan akan membuat beberapa perubahan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *