Tewas Lagi, Peluang Sabah Tipis

Julius Ating (dua kiri) memerhatikan aksi pemainnya pada perlawanan Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur. Foto Muhammad Asyraf Sawal

Pengendali Sabah, Julius Ating mengakui misi skuad itu untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia semakin tipis selepas tewas 0-1 kepada Pahang, malam tadi.

Beliau berkata, kekalahan kali keempat berturut-turut tanpa sebarang mata memberi tekanan untuk bersaing dengan Perak dan Pulau Pinang.

“Peluang untuk ke suku akhir amat tipis dan Pahang sudah mengesahkan tempat, manakala Perak dan Pulau Pinang, masing-masing mengutip lima mata.

“Kami gagal mengutip sebarang mata selepas empat perlawanan, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka dan mahu pemain menamatkan baki dua perlawanan dengan mengutip mata,” katanya.

Mengulas dua baki perlawanan, Julius mahu anak buahnya tidak berpuas asa, sebaliknya berusaha merekodkan kemenangan. 

Katanya, sebagai juara Liga Perdana musim ini, skuad itu perlu membuktikan mereka layak untuk bersaing dengan pasukan lain dalam Liga Super musim depan. 

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *