Lelaki Bunuh Kekasih Kerana Meminta Dia Membayar Hutangnya RM60,354

Cui (kiri) dicekik hingga mati oleh Leslie( kiri).

SINGAPURA: Seorang lelaki di sini, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dan membakar mayat kekasihnya selama tiga hari hingga polis hanya menemui gumpalan rambut, cebisan pakaian dan tali pakaian dalam mangsa.

Leslie Khoo Kwee Hock, 51, didapati bersalah mencekik Cui Yajie, 31, hingga mati dalam keretanya selepas mangsa meminta lelaki itu membayar hutang berjumlah SG$20,000 (RM60,354).

Leslie yang sudah berkahwin kemudian membakar mayat wanita itu bagi menghapuskan bukti tetapi polis menemui cebisan pakaian dan rambut mangsa.

Menurut dokumen mahkamah, pada 12 Julai 2016, Leslie membawa Cui, seorang jurutera ke satu kawasan sunyi sebelum mencekik wanita itu hingga mati.

Selepas membunuh wanita itu, Leslie menutup mayat mangsa menggunakan beg pakaian dan meninggalkannya di dalam kereta semalaman.

Keesokan harinya Leslie membawa mayat mangsa ke satu kawasan sunyi dan membakarnya selama tiga hari untuk menghapuskan bukti.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui gumpalan rambut, tali coli dan cebisan pakaian mangsa untuk mengaitkan Leslie dengan pembunuhan itu.

Perbicaraan itu adalah kes kedua dalam sejarah Singapura membabitkan pembunuhan tanpa mayat.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *