Lebih 200 Polis Dihantar Ke Papua

Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di Manokwari, Papua semalam. Foto AFP

JAKARTA: Kerajaan Indonesia mengerahkan lebih 200 anggota polis ke Papua hari ini, selain memperlahankan kelajuan internet bagi mengelak kekacauan awam dari berlarutan di negara itu.

Timbalan Gabenor Papua, Mohamad Lakotani berkata, anggota polis dihantar ke bandar Sorong dari pulau Sulawesi kerana penduduk mula membuat bantahan.

Ketua Polis Sorong, Mario P. Siregar memberitahu Detik.com, kira-kira 400 penunjuk perasaan berhimpun di bandar berkenaan dan agensi berita Antara melaporkan beberapa jalan disekat dengan tayar yang dibakar.

Semalam, ribuan warga Papua membuat bantahan beramai-ramai di Sorong, Manokwari dan Jayapura.

Mereka menghalang lalu lintas, merosakkan lapangan terbang dan membakar bangunan kerajaan.

Bantahan tercetus berikutan penahanan pelajar Papua di Surabaya atas tuduhan tidak menghormati bendera Indonesia yang dikibarkan di hadapan sebuah asrama pada sambutan Hari Kemerdekaan, Sabtu lalu.

Polis terpaksa menembak gas pemedih mata ke asrama itu sebelum menahan 43 pelajar. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *