Budak 11 Tahun Ini Suka Gigit Ular, Kodok Dan Kucing Sampai Mati

Rizki minat bermain dengan kodok dan ular sebelum bunuh haiwan berkenaan. Foto Tribunnews

CIANJUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun mempunyai tabiat pelik menangkap dan menggigit ular, kodok, kucing, anak ayam dan itik sampai mati.

Keanehan itu datang ketika Rizki Maulana Yusuf berusia enam tahun selepas diserang demam panas yang tinggi sehingga badannya kejang.

Cucu menyedari kelainan pada tingkah laku Rizki selepas dia diserang demam panas pada usia enam tahun. Foto Tribunnews

Ibu Rizki, Cucu, 30, memberitahu Tribunnews, dia menyedari anaknya minat bermain dengan kodok dan ular sebelum bunuh haiwan berkenaan.

“Anak tarik lalu gigit ular dan kodok sampai mati. Dia pernah hampir dipatuk ular tedung kerana menyangka reptilia itu sudah mati selepas menariknya,” katanya.

Menurut wanita itu, anaknya akan mengamuk sekiranya perbuatannya cuba dihalang orang sekeliling.

Malah, haiwan peliharaan penduduk seperti kucing, anak ayam dan itik juga sering hilang dipercayai ditangkap kanak-kanak terbabit. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *