Saksi Kemalangan Maut Di Kinabatangan Diminta Tampil Bantu Siasatan – Polis

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang bertembung dengan lori dalam kejadian Jumaat lalu di kilometer 122, Jalan Sandakan – Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

KINABATANGAN: Polis meminta pengguna jalan raya yang menyaksikan insiden kemalangan maut di Kilometer 122 Jalan Sandakan-Lahad Datu, berhampiran Kampung Paris 2, Jumaat lalu, tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata nahas jam 1.10 tengah hari yang mengorbankan empat individu itu membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan lori.

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang bertembung dengan lori dalam kejadian Jumaat lalu di kilometer 122, Jalan Sandakan – Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

Beliau berkata, saksi kejadian amat diperlukan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

“Kita meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk membantu siasatan.

“Selain itu, mereka boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin melalui talian 016-8563017 atau 089-561890 sambungan 13,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

KEADAAN kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang bertembung dengan lori dalam kejadian Jumaat lalu di kilometer 122, Jalan Sandakan – Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

Dzulbaharin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kemalangan itu, pemandu dan tiga penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit maut di lokasi kejadian.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *