Kereta MPV Terbakar Rempuh Gerai Tepi Jalan

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis PROTON Exora hangus terbakar selepas merempuh gerai di tepi jalan di Batu 7, Jalan Apas. – Foto Ihsan Pembaca

TAWAU: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora terbakar selepas merempuh gerai tepi jalan di Batu 7, Jalan Apas, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, pemandu MPV terbabit dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu.

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis PROTON Exora hangus terbakar selepas merempuh gerai di tepi jalan di Batu 7, Jalan Apas. – Foto Ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata siasatan awal mendapati insiden berlaku apabila kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di bahu kiri jalan.

Beliau berkata, rempuhan menyebabkan bahagian enjin MPV itu terbakar sebelum merebak ke seluruh tempat duduk, selain turut memusnahkan gerai berkenaan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan motif pemandu terbabit dipercayai melarikan diri kerana setakat ini, tiada individu tampil membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Peter berkata, semakan juga mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) MPV terbabit sudah tamat tempoh pada 13 Mac 2018 dengan alamat terakhir pemiliknya di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *