(VIDEO) Pelancong China Tanam Lampin Berisi Najis Di Pantai Undang Kemarahan Netizen

Video pelancong yang dipercayai dari China viral di media sosial mencetuskan kemarahan netizen di Filipina. 

Klip video yang dirakam pada 13 Ogos di Boracay menunjukkan seorang wanita sedang membersihkan anaknya yang baru habis membuang, sementara seorang lagi wanita menanam lampin pakai buang itu di dalam pasir. 

Susulan video itu viral meluas di media sosial, pihak berkuasa terpaksa menutup bahagian pantai Boracay yang terjejas semalam untuk tempoh 72 jam bagi membersihkan kawasan itu. 

Pihak berkuasa juga sedang mengesan tiga pelancong berkenaan dan akan mendakwa mereka mengikut undang-undang sedia ada atas tuduhan membuang sampah di tempat awam. 

Sumber: ABS CBN NEWSWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *