Tiga Sesak Nafas, Kedai Runcit Bangunan Lama Di Pekan Tamparuli Musnah Terbakar

sap tebal keluar dari kedai runcit yang terbakar di Jalan Padang, Pekan Tamparuli petang tadi.

TAMPARULI, 13 Ogos: Sebuah kedai menjual barangan runcit yang beroperasi di bangunan konkrit berusia lebih empat dekad di pekan ini, musnah dalam kebakaran lewat petang tadi.

Tiga individu mengalami sesak nafas selepas terhidu asap tebal dalam kebakaran membabitkan dua lot kedai dan sebuah kedai runcit.

Menurutnya, kejadian itu juga menyebabkan seorang lelaki dan wanita berusia 50 dan 54 tahun mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tuaran.

“Seorang lagi individu yang tidak dikenal pasti turut mengalami sesak nafas dan dihantar ke hospital sama oleh orang awam.

“Keadaan semua mangsa dilaporkan stabil dan kebakaran dapat dikawal jam 5.50 petang dan operasi tamat sepenuhnya dua jam kemudian,” katanya.

Kejadian pada kira-kira 5 petang itu disedari pemilik premis apabila api dipercayai bermula dari bahagian dapur kedai, sebelum merebak pada bahagian siling bangunan dua tingkat berkenaan.

Pasukan bomba bertindak mengawal api daripada merebak.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Sailin Jun berkata pihaknya menghantar dua jentera untuk memadam kebakaran, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.05 petang.

“Ketika anggota JBPM tiba di lokasi kejadian, kira-kira 20 peratus premis berkenaan musnah terbakar, manakala barangan yang ada didalamnya gagal diselamatkan pemiliknya,” katanya di sini, hari ini.

Seorang anggota bomba sedang memastikan bara api dipadamkan sepenuhnya.

Beliau berkata anggota JBPM mengambil masa kira-kira 30 minit mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran itu. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *