Mayat Perempuan Ditemui Dalam Kawasan Pencarian Nora Anne

Suasana sekitar lokasi kejadian hari ini.

SEREMBAN: Polis mengesahkan satu mayat perempuan ditemui di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata mayat itu ditemui pada jam 1.57 tengah hari kira-kira dua kilometer dari resort penginapan Nora Anne dan keluarganya.

Anggota forensik polis tiba di lokasi pencarian Nora Anne yang dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai. FOTO Adzlan SidekHasbi Sidek

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat itu masih belum dikenal pasti.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam pada jam 1.57 tengah hari tadi sebelum anggota mencari dan menyelamat (SAR) dikejarkan ke lokasi itu.

“Mayat perempuan berkulit putih itu ditemui dalam keadaan sempurna,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, polis turut menutup laluan ke resort itu dengan memasang garisan kuning sejak jam 2.30 petang tadi bagi menghalang orang luar termasuk media memasuki kawasan berkenaan.

Kelihatan jentera pihak berkuasa termasuk pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli keluarga Nora Anne memasuki kawasan larangan itu.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di resort The Dusun, di Pantai, sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR di kawasan berkenaan.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *