7 Cedera, Bas Ekspress Terbabas Ke Bahu Jalan

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas Tawau. – Foto Ihsan Pembaca

TAWAU; 13 OGOS 2019 (Selasa) – Empat wanita dan tiga lelaki cedera ringan selepas bas ekspress yang dinaiki dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau terbabas ke bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri dalam kenyataan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.15 pagi.

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas Tawau. – Foto Ihsan Pembaca

Sejurus selepas itu, PBK II Zougarana Konin bersama 6 anggota respon ke lokasi menggunakan jentera FRT dan EMRS.

Kesemua mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada pukul 6.21 pagi.

Keadaan bas ekspress yang terbabas ke bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas Tawau. – Foto Ihsan Pembaca
Keadaan bas ekspress yang terbabas ke bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas Tawau. – Foto Ihsan Pembaca

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *