Pemandu Bas Mini Disyaki Cabul Pelancong Jepun Ditahan

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang pemandu bas mini di hadapan sebuah kedai di Jalan Sulaman, di sini, malam tadi, selepas dipercayai mencabul seorang pelancong warga Jepun, semalam.

Suspek berusia 30 ditahan polis jam 10.30 malam susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa berusia 40 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa yang tiba di bandar raya ini kelmarin dikatakan menaiki bas mini dipandu seorang lelaki di Terminal Bas Bandaraya untuk pergi ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, kira-kira jam 2 petang.

“Selepas mangsa selesai melawat kawasan masjid, dia menaiki semula bas dan meminta pemandu menghantar semula pulang ke terminal. Pemandu bas (suspek) kemudian meminta mangsa duduk di bahagian depan penumpang.

“Ketika tiba di kawasan Bukit Bendera, mangsa melihat suspek memegang kemaluannya lalu mengatakan menyukai mangsa sebelum bertindak memeluk mangsa.

“Mangsa kemudian meronta namun suspek bertindak memegang payudara dan kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata suspek kemudian memberhentikan bas di tepi jalan dan sekali lagi memegang kemaluan mangsa sembil memegang kemaluan sendiri menyebabkan mangsa menjerit dengan mengatakan sakit dan menangis.

“Suspek kemudian menghantar mangsa di Jalan Dewan sebelum mangsa meminta pertolongan untuk membuat laporan polis.

“Berikutan laporan yang dibuat mangsa, polis berjaya menahan pemandu berkenaan di sebuah kedai di Jalan Sulaman, jam 10.30 malam,” katanya.

Habibi berkata suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *