MKN Hantar Pulang 157 PATI Indonesia Ke Nunukan

Antara PATI yang dihantar pulang ke Nunukan, Kalimantan, Indonesia – Foto BESTAWAUfm

TAWAU; 10 OGOS 2019 (Sabtu) – Seramai 157 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Nunukan, Indonesia, khamis lepas.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof dalam kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 125 lelaki, 21 wanita, enam kanak-lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Antara PATI yang dihantar pulang ke Nunukan, Kalimantan, Indonesia – Foto BESTAWAUfm

Katanya, proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini, selain melaksanakan pengusiran PATI dengan kerjasama Jabatan Imigresen.

Menurut Sh Sitti Saleha, adalah menjadi satu kesalahan yang serius di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) terhadap mana-mana pihak yang didapati melindungi atau menggaji PATI atau membenarkan PATI berada dalam premis.

Antara PATI yang dihantar pulang ke Nunukan, Kalimantan, Indonesia – Foto BESTAWAUfm
Antara PATI yang dihantar pulang ke Nunukan, Kalimantan, Indonesia – Foto BESTAWAUfm

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *