SEMPORNA; 10 OGOS 2019 (Sabtu) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan Dua lelaki tempatan dipercayai menangkap ikan menggunakan bom ikan di Kawasan Laut Tobo-tobo Semporna, kelmarin.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, juragan dan anak kapal berumur 22 dan 28 tahun itu ditahan susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) mengenai aktiviti bom ikan kira-kira pukul 1.30 petang.
Pemeriksaan lanjut keatas perahu yang digunakan menemui 5 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki di bom.
Katanya, anggaran keseluruhan rampasan termasuk perahu bernilai lebih 9-ribu ringgit.
Menurut ACP Mohamad Pajeri, Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk siastan dan tindakan dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985.
#BESTAWAUfm