(VIDEO) Pelamin Anganku Musnah

Kiri: Gambar gadis idaman Yusuf di laman Facebook. Kanan: Gambar sebenar wanita berkenaan. Foto Agensi

JAKARTA: Impian seorang lelaki untuk berkahwin dengan gadis cantik dikenalinya di Facebook akhirnya berkecai di saat mereka hampir diijabkabulkan selepas mendapati wajah wanita itu tidak sama dengan gambar yang di media sosial berkenaan.

Menurut laporan Tribunnews, lelaki itu yang dikenali sebagai Yusuf dan bekerja di Korea Selatan berkenalan dengan seorang wanita Indonesia yang bekerja di Taiwan menerusi Facebook.

Ketika majlis perkahwinan pasangan itu. Foto Agensi

Yusuf kemudiannya jatuh cinta dengan wanita itu yang sering memuat naik gambarnya yang cantik di Facebook dan hubungan mereka berlangsung selama dua tahun.

Walaupun tidak pernah bersua muka kerana jarak yang jauh, pasangan itu menjalinkan hubungan cinta dan sering berhubung melalui media sosial.

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan jarak jauh, Yusuf akhirnya mengambil keputusan datang ke Taiwan untuk menikahi gadis yang dicintainya itu.

Bagaimanapun, ketika majlis perkahwinan mereka, Yusuf terkejut apabila mendapati wajah kekasihnya itu jauh berbeza dengan gambar yang terdapat di Facebook.

Kecewa kerana ditipu wanita berkenaan, Yusuf mengambil keputusan membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea Selatan dengan penuh kekecewaan.

Kisah Yusuf mula tular di Internet baru-baru selepas lelaki itu menceritakan dan turut memuat naik gambar wanita itu dan ketika majlis perkahwinan mereka di Taiwan.

Yusuf berkata, dia juga mengalami kerugian kira-kira Rp10 juta (RM2,948) yang diminta wanita itu sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.

Selain itu, sepanjang hubungan mereka, wanita itu sering meminta wang daripadanya.

“Ya saya kecewa dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya,” katanya.- Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=q5VA11VLFhw


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *