MKN Sabah Hantar Pulang 911 PTI Filipina Melaui Pelabuhan Sandakan

Foto Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

SANDAKAN: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar pulang 911 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) warganegara Filipina ke negara asal melalui pelabuhan daerah ini ke Zamboanga Filipina, hari ini.

Pengarah MKN Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata daripada jumlah itu, 564 adalah lelaki dewasa, 236 wanita dan 111 kanak-kanak.

Foto Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah

“Seramai 911 PTI dihantar pulang hari ini dan menjadikan jumlah keseluruhan pti yang sudah dihantar pulang daripada Januari hingga Ogos tahun ini adalah 7,844 individu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi penghantaran PTI akan diteruskan daripada semasa ke semasa.

Tambahnya pihak penguatkuasa turut akan bekerjasama menjalankan operasi bagi mengekang kehadiran warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah di negeri ini.

“MKN Sabah akan terus komited melaksanakan hasrat kerajaan supaya negeri ini bebas daripada kemasukan PTI.”

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *