Identiti 5 Mangsa Bot Karam Di Pitas Dikenal Pasti

Anggota PPM melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan Kampung Berungus. – Foto ihsan polis

PITAS: Identiti lima mangsa bot karam di perairan Kampung Berungus, termasuk dua meninggal dunia dan seorang lagi masih hilang, sudah dikenal pasti.

Mustaib Mumin berusia 60-an dan Suhaimi Salleh, 65, disahkan meninggal dunia, manakala Sumanti Suhaimi, 29, dilaporkan masih hilang.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Mardi Suhaimi dan Owya Timbanga, 63.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang selepas membeli barang di Kudat.

Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk menyebabkan bot yang mereka naiki itu terbalik dipukul ombak di perairan berkenaan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang akan disambung pagi esok.

“Tugas SAR akan disambung pagi esok memandangkan cuaca buruk di lokasi ketika ini dan hari sudah gelap,” katanya ketika dihubungi.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *