Bekas Guru Ditahan Lakukan Seksual Terhadap Pelajar Lelaki

Gambar Hiasan

PENAMPANG: Seorang bekas guru madrasah ditahan selepas disyaki melakukan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah madrasah di Putatan, hari ini.

Suspek lelaki berusia 20-an ditahan selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Penampang pada pukul 1.48 pagi tadi.

Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim. – Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata mangsa pelajar lelaki tingkatan empat membuat laporan polis yang mendakwa disentuh di bahagian kemaluan oleh suspek pada Ahad lalu.

“Dalam kejadian 1.30 pagi pada Ahad, mangsa sedang tidur di dalam rumah ibadat sebelum suspek tiba-tiba meraba bahagian kemaluan mangsa.

“Mangsa yang terjaga terus melarikan diri. Mangsa hanya membuat laporan polis pagi tadi kerana merasa malu dan takut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Haris berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *