‘Anak Setan’ Pukul Bapa Ketika Sedang Makan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji. – Foto Edmund Samunting

ANAK PUKUL BAPA KETIKA SEDANG MAKAN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki layak digelar ‘anak setan’ apabila tergamak memukul kepala bapanya ketika sedang makan di rumah mereka di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, semalam, hanya kerana tidak turun ke laut menangkap ikan.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai nelayan parah dan menerima lima jahitan di bahagian kepalanya.

Difahamkan, ketika berada di dalam rumah, suspek mengarahkan bapanya turun ke laut untuk menangkap ikan.

Bagaimanapun keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan mangsa tidak turun ke laut.

Ketika mangsa sedang makan, suspek tiba-tiba memukul kepala mangsa dengan kayu.

Mangsa yang cedera di bahagian kepala kemudian di hantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE I) untuk rawatan lanjut dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pulau Gaya pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek berusia 20-an ditahan sejurus laporan polis berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *