Kerajaan Cadang Bina Pagar Sepanjang Jajaran Kereta Api KK-Tenom

Peter (tiga dari kanan) berbual bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Undangan Negeri Sabah.


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Infrastruktur bercadang membina pagar sepanjang jajaran kereta api Kota Kinabalu-Tenom untuk meningkatkan keselamatan orang awam dan pengguna kemudahan itu.

Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata selain itu tujuan pemasangan memasang pagar di sepanjang landasan berkenaan adalah bagi mengelakkan kejadian kemalangan seperti yang berlaku sebelum ini.

DATUK PETER ANTHONY

“Selepas saya mengambil alih kementerian ini, saya sudah membuat lawatan jajaran landasan kereta api ini dari Kota Kinabalu sehingga Tenom.

“Saya dapati terdapat masalah besar yang dihadapi sejak tampuk pimpinan kerajaan lama termasuk keselamatan berpagar yang tidak dibina.

“Dalam pada itu, saya telah mencadangkan kepada Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) untuk membina pagar di kiri dan kanan landasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Isnin Aliasnih (Bersatu-Klias) berkenaan pemerkasaan sistem pengangkutan kereta api sedia ada dahulu sebelum membina jajaran kereta api baharu Kota Kinabalu-Kudat, pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Katanya pada masa ini ketiadaan pagar sepanjang Kota Kinabalu-Tenom itu agak membahayakan kira-kira 1,600 pengguna dan lebih 700 pelajar yang menjadi penguna harian perkhidmatan tersebut.

Katanya cadangan tersebut termasukkah pembaikan papan rel yang dahulunya tidak selamat digunakan.

“Kita sudah cadangkan untuk menukar papan rel berkenaan kepada konkrit. Bagi penyelenggaraan, kita dapati ketirisan lebih RM300 juta semasa kerajaan lama, tidak tahu ke mana perginya peruntukan berkenaan,” jelasnya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *