Ibu Tunggal 5 Anak Ini Hidup Serba Daif Di Kampung TB Ward, Sandakan

Pondo usang yang didiami Rosinah bersama anaknya di Kampung TB Ward, Sandakan. Foto Hazsyah Abdul Rahman


SANDAKAN: Ibu tunggal lima anak yang hidup serba daif di sebuah pondok usang di Kampung TB Ward, di sini, berharap ada pihak tampil membantu membina rumah untuk keluarganya.

Rosinah Hussin, 35, berkata hingga kini dia dan anaknya tinggal di pondok yang didirikan sekumpulan remaja dari Madrasah Darus Sunnah sebelum ini.

Keadaan tandas yang sudah roboh. Foto Hazsyah Abdul Rahman

Katanya, keadaan rumah yang terlalu usang dan serba kekurangan itu membuatkannya buntu serta mengharapkan ihsan orang ramai untuk membantu.

“Selama ini, kami tinggal di sini dalam keadaan serba kekurangan. Kami tiada elektrik dan sumber air yang tetap.

“Rumah kami juga tidak mempunyai tandas selepas roboh satu ketika dulu. Saya tidak mampu beli peralatan dan upah tukang untuk membaikinya,” katanya ketika ditemui di pondoknya, semalam.

Rosinah berkata, dia berharap ada pihak sudi membantu untuk keselesaan dan keselamatan anaknya.

Rosinah mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai membina rumah lebih selesa untuk keluarganya. Foto Hazsyah Abdul Rahman

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *