Bertuah Pengantin Perempuan Dapat Suami Si Tukang Bubur

Muhammad Kusmantono dan Niswatun Hasanah selepas akad nikah.Agensi


PEKALONGAN: Seorang penjual bubur melamar wanita pujaan hatinya dengan menghadiahkan dua lembu, tiga kambing, satu tan beras, 100 kilogram beras pulut, sebuah motosikal dan 20 gram emas.

Hadiah berjumlah 200 juta rupiah (RM58,418) itu kemudian diarak dari kediaman Muhammad Kusmantono ke rumah pengantin perempuan, Niswatun Hasanah di Desa Lambanggelun, kelmarin.

Kusmantono, 23, menjelaskan kepada Tribunjateng.com pemberian itu sebagai tanda cintanya terhadap Niswatun, 19, selepas hampir setahun mengenali wanita itu.

Video perarakan itu tular di media sosial baru-baru ini selepas menjadi bualan hangat netizen.

Bapa Kusmantono, Waryono berkata, hadiah berkenaan adalah nazar selepas Tuhan mengabulkan doa supaya anak ketiganya itu berkahwin.

“Pada 2012, saya memohon jawatan ketua kampung, namun gagal dan menjadi miskin. Bagaimanapun, Allah SWT mengurniakan rezeki untuk saya membangkit semula,” katanya.

Waryono memberitahu turut menyediakan kelengkapan dapur dan solat serta wang untuk berhibur kepada menantunya. – Agensi

Wayono bersama dua lembu yang dijadikan hantaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *