98 Individu Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan Dadah

Antara yang ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu – Foto Ihsan PDRM

KOTA KINABALU, 4 Ogos: Seramai 98 individu ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan bermula 27 Julai hingga semalam di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata mereka yang ditahan itu terlibat dalam  pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah termasuk di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

Antara yang ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu – Foto Ihsan PDRM

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan itu, 75 adalah warga tempatan manakala selebihnya warga asing berumur antara 14 hingga 56 tahun.

“Sebanyak 23 serbuan telah dibuat sepanjang tempoh itu dan polis berjaya merampas sebanyak 74.50 gram syabu dianggarkan bernilai RM11,175,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Antara yang ditahan dalam ‘Op Ice Breaker’ yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu – Foto Ihsan PDRM

Habibi berkata orang awam amat dialu-alukan menyalurkan sebarang maklumat ke hotline ibu pejabat daerah Kota Kinabalu di talian 088-529220.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *