SAGA IX: Bola Sepak Lelaki & Wanita Tawau Sedia Bawa Pulang Pingat

Presiden SAFA Tawau YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan mengambil gambar kenangan bersama urusetia boleh sepak Tawau dan Pemain. – Gambar Hanief Ismail

TAWAU: Baru-baru ini belangsung satu majlis sesi suai kenal diantara urusetia Bolasepak Tawau bersama pemain yang akan mewakili Daerah Tawau di Sukan SAGA IX di salah sebuah hotel di daerah Tawau.

Majlis turut dihadiri oleh Presiden SAFA Tawau YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan.

Presiden SAFA Tawau YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan mengambil gambar kenangan bersama urusetia boleh sepak Tawau dan Pemain. – Gambar Hanief Ismail

Dalam majlis tersebut, YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pasukan bola sepak lelaki dan wanita daerah Tawau bagi sukan Sabah (SAGA) untuk edisi Ke-9 di Keningau pada tahun ini. 

Perlawanan peringkat kelayakan SAGA IX akan berlangsung pada 14hb – 17hb ogos bagi kategori Lelaki dan 14hb-16hb ogos bagi kategori wanita.

Semua Perlawanan pasukan Tawau akan berlangsung di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau dan Padang B kompleks Sukan Tawau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *