Premis Hiburan Diserbu, Penjaga & Deejay Ditahan

Pengunjung premis hiburan diperiksa sepasukan polis ketika menjalankan Ops Noda/Cantas/Tapis. – Gambar SNT/Ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Sebahagian besar pelanggan yang sedang asyik berhibur di sebuah premis hiburan di Cyber Perdana, Jalan Lintas, di sini, terkejut apabila diserbu sepasukan polis, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira pukul 3 pagi itu dijalankan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dalam Ops Noda/Cantas/Tapis.

PIhak polis melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah pusat hiburan di Ibu negeri sempena Ops Noda/Tapiss/Cantas. – Gambar SNT/Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika serbuan, seramai 70 individu yang sedang berhibur di dalam premis hiburan itu diperiksa dengan pecahan 42 lelaki dan 28 wanita.

“Seramai 13 lelaki dan sepuluh wanita menjalani pemeriksaan ujian air kencing namun semua mereka didapati negatif daripada sebarang kegiatan dadah.

“Seterusnya, dua lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis dan deejay di premis berkenaan ditahan kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan dan melebihi masa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemeriksaan ke atas pengunjung premis hiburan oleh sepasukan polis ketika menjalankan Ops Noda/Cantas/Tapis. – Gambar SNT/Ihsan PDRM

Katanya, pihaknya turut merampas beberap peralatan muzik di premis berkenaan untuk siasatan lanjut.


Habibi berkata suspek yang ditahan berusia 29 dan 21 tahun serta barang rampasan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *