Gempa Bumi Jakarta: Penduduk Berhampiran Pantai Diarah Berpindah

ORANG ramai yang tinggal berhampiran pantai diarah pindah ke kawasan tinggi selepas amaran tsunami dikeluarkan. – Foto AFP

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini menggesa orang ramai yang tinggal berhampiran pantai agar berpindah ke kawasan tinggi selepas amaran tsunami dikeluarkan semasa gempa bumi berukuran 7 magnitud melanda pulau Sumatera dan Jawa.

Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan satu amaran tsunami selepas gempa yang mana Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan ia berlaku pada kedalaman 59 kilometer dan jarak kira-kira 227 kilometer dari bandar Teluk Betung dan wilayah Banten di pulau Jawa.

Agensi mitigasi bencana Indonesia berkata menerusi Twitter bahawa, penduduk di sekitar pantai Banten perlu ‘berpindah ke kawasan tinggi’.

Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan berlaku, tetapi gegaran boleh dirasai hingga ke Jakarta dan menyebabkan orang ramai lari keluar dari pejabat mereka.

Reuters / Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *