Dua Lelaki Cedera Selamat Diri Ketika Kebakaran Rumah Di Tawau

Foto Ihsan Pembaca

TAWAU: Dua lelaki cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah di sini, malam ini.

Kedua-dua mangsa berusia 30-an itu cedera di tangan, akibat terkena serpihan kaca ketika cuba keluar dari rumah yang terbakar.

Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut, semalam. – Foto ihsan pembaca

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tawau menggunakan jentera EMRS Bomba.

Pegawai Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Faisal Ahmad ketika ditemui berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran rumah di kampung itu pada 8.28 malam.

Katanya kebakaran itu memusnahkan empat rumah manakala lima rumah lain berjaya diselamatkan 20 anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 8.41 malam.

Menurut Faisal berkata punca kebakaran  masih disiasat.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *