(VIDEO) Polis Buru Lelaki Makan Kucing Hidup-Hidup

Baru-baru ini viral video di media sosial seorang lelaki memakan seekor kucing hidup-hidup menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen.

 Dalam video tersebut, lelaki bertopi itu memakan kucing tersebut di tengah jalan dalam kejadian yang berlaku di Kemayoran, Jakarta Pusat. 

“Adakah anda mengenali lelaki dalam video ini? Dia makan seekor kucing hidup-hidup dan kejadian berlaku di Pasar Kemayoran, Jakarta Pusat.

Tolong bantu mengenal pasti lelaki dalam video ini agar tindakan lanjut dalam diambil…” kapsyen Facebook PutarVideo. 

Ketua Polis Kemayoran, Syaiful Anwar mengambil maklum mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang mengesan lelaki terbabit. 

“Sehingga saat ini, polis belum menemui individu terbabit dan sedang berusaha mengenalpasti identiti suspek.

“Suspek akan ditahan dan disoalsiasat mengenai motif dia berbuat demikian sama ada dia stress atau sengaja berbuat demikian,” katanya. 

Polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami gangguan mental dan akan terus giat mengesan suspek. 

Sumber: Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *