Polis Sabah Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Dadah Di KKIA

Foto Ihsan Polis Sabah

KOTA KINABALU, 29 Julai – Polis Sabah menggagalkan cubaan membawa masuk dadah jenis ketamin seberat 747 gram dan 500 bijil pil eramin 5 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Khamis lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata ketiga-tiga lelaki itu berusia antara 25 dan 37 tahun, dan dua daripada mereka ditahan di Balai Ketibaan KKIA sebaik tiba dari Kuala Lumpur pada pukul 6.40 petang dan seorang lagi ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Penampang pada pukul 11 malam.

Foto Ihsan Polis Sabah

“Dadah itu dibawa dalam satu bagasi, ketamin yang dirampas bernilai RM30,000, manakala pil eramin 5 seberat 145 gram yang dirampas bernilai RM7,500,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas wang tunai RM8,000 dan sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM50,000 daripada lelaki ketiga yang ditahan di Penampang yang disyaki turut terlibat, dan menurutnya ujian air kencing mendapati dua lelaki yang ditahan di KKIA itu positif menggunakan dadah jenis ketamin.

Foto Ihsan Polis Sabah

Zaini berkata siasatan awal mendapati dadah itu diperolehi dari Kuala Lumpur dan cuba dibawa ke Kota Kinabalu untuk dipasarkan di pusat-pusat hiburan, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1953 dan ketiga-tiga lelaki itu ditahan reman  sehingga 1 Ogos ini.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *