Peninju Russia Maut Selepas Bertarung

Dadashev mengalami kecederaan otak selepas bertarung menentang peninju dari Puerto Rico, Subriel Matias pada Jumaat lalu. FOTO AFP

MOSCOW: Peninju Russia, Maxim Dadashev dilaporkan mati akibat kecederaan otak yang dialami selepas menyertai satu pertarungan di Maryland, Amerika Syarikat, kata persekutuan tinju Russia semalam.

AFP melaporkan, peninju berusia 28 tahun dikenali sebagai ‘Mad Max’ itu mengalami kecederaan itu selepas bertarung menentang peninju dari Puerto Rico, Subriel Matias pada Jumaat lalu.

“Maxim Dadashev meninggal dunia di AS susulan kecederaan dialami dalam pertarungan menentang Matias,” kata persekutuan itu.

Pertarungan kategori super lightweight itu terpaksa dihentikan pada pusingan ke-11 sebelum dia dihantar ke hospital untuk menjalani pembedahan otak di Washington. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *