APMM Tahan Empat Lelaki Warga Asing Terlibat Bom Ikan Di Kunak

Empat suspek yang ditahan. – Foto APMM

KUNAK, 24 Julai: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lelaki dan merampas dua bot pam disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Tabawan, Kunak, pagi ini.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot peronda yang menjalankan tugas rutin mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan pukul 11 pagi.

FOTO APMM

“Suspek berusia 25 hingga 60 tahun, yang juga warga asing itu, ditahan sewaktu menjalankan kegiatan mengebom ikan.

“Pemeriksaan dalam bot turut menemukan alatan mengebom ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Muhaimin, pihaknya terus komited membanteras kegiatan bom ikan di perairan Lahad Datu serta Kunak.

“Perkara itu termasuk melakukan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang perlanggaran undang-undang serta perlakuan jenayah di laut,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *