‘Tidak Pakai Sarung Getah Pun Mahu Report Polis Kah?’ – Netizen

“Laporan camni hanya buang masa polis,” demikian kata netizen berhubung gambar laporan polis seorang wanita terhadap teman lelakinya yang mula tersebar sejak petang tadi. 

Berdasarkan gambar laporan yang dibuat pada 20 Julai 2019 di Balai Polis Dang Wangi, seorang wanita berusia 38 tahun mengadu mengenai tindakan teman lelakinya warga Nigeria yang telah memungkiri janji. 

“Pada tarikh 20/7/2019 jam lebih kurang 1 pagi, semasa saya berada di rumah kenalan warganegara Nigeria, saya dan dia suka sama suka untuk melakukan hubungan intim.

“Saya mengenakan syarat untuk dia supaya menggunakan sarung getah (pencegah kehamilan). Pada mulanya dia memakainya tetapi pada pertengahan hubungan itu, tanpa saya sedari dia telah menanggalkan sarung itu dan memasukkan….

“Saya rasa tertipu dan risau jika ada penyakit berjangkit seperti HIV kena pada diri saya.

Saya buat laporan ini untuk mendapatkan rawatan serta mengharap agar dia tidak dapat membuat perbuatan seperti ini lagi,” kata pengadu. 
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam pengadu yang dianggap seperti bangga melakukan hubungan terlarang tanpa sebarang ikatan yang sah.

 Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *