Polis Sahkan Terima Laporan Kes Pasangan Cabut Kondom Semasa Hubungan Intim Yang Tular Di Media Sosial

KAJANG – Polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat seorang wanita gara-gara pasangannya seorang lelaki warga Nigeria tidak memakai kondom, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan laporan yang dibuat oleh wanita terbabit.

“Ya, wanita itu ada hadir buat laporan kelmarin. Siasatan telah dijalankan dan kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Agama untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam laporan polis yang tular itu, kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki terbabit di sebuah kondominium di Cheras kira-kira jam 1 pagi Sabtu lalu.

Awalnya, wanita itu mengenakan syarat kepada pasangannya supaya menggunakan kondom untuk melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, lelaki terbabit telah menanggalkan kondomnya sebelum meneruskan ‘aksi’ tanpa memaklumkan kepada wanita tersebut.

Wanita berusia lingkungan 30-an yang terkejut dengan tindakan pasangannya itu kemudian dikatakan tidak berpuas hati dengan perkara terbabit atas alasan bimbang dengan jangkitan penyakit HIV.

Susulan itu, wanita terbabit bertindak membuat satu laporan polis pada hari kejadian

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *