Polis Berkas Pengedar Dadah Warganegara Filipina Di Lahad Datu

Suspek ditahan polis Lahad Datu. Gambar di kanan ialah dadah yang didapati dari suspek. Foto IPD Lahad Datu/BESTAWAUfm

LAHAD DATU; 22 JULAI 2019 (Isnin) – Polis memberkas seorang lelaki penagih dipercayai pengedar dadah dan merampas 12.86 gram dadah jenis syabu di sebuah Ladang Sawit di Jalan Lahad Datu-Tungku, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki Warga Filipina anggaran umur 40-an berkenaan ditahan sepasukan anggota Strike Team IPD Lahad Datu selepas suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah di ladang terbabit.

Katanya, pemeriksaan pada beg silang yang dipakai saspek telah menjumpai satu kotak pensel berwarna merah mengandungi dua peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu bernilai 1-ribu 929-ringgit.

Jelas ACP Nasri, pemeriksaan air kencing mendapati suspek Positif Methapethamine dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *