Ibu Bapa Kandung Adik Perempuan Ini Diminta Tampil Bantu Siasatan

Nur Aqilah Atisha

BELURAN: Ibu bapa kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun 6 bulan diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes penyerahan bayi dan urusan penjagaan.

Pelindung Asmad Nasir dari Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Beluran berkata kes berkenaan dirujuk kepadanya berikutan aduan yang diterima daripada pengadu Morsidi Juanah, berdasarkan laporan polis dibuat pengadu bertarikh 2 Julai 2019.

Nur Aqilah Atisha

Katanya siasatan awal hasil temuduga yang dijalankan, pengadu melaporkan bahawa pada 6 April 2016 seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Aqilah Atisha (tarikh lahir 22 Januari 2015) diserahkan bapa kandung kepada pengadu.

Bapa kandung kanak-kanak itu berjanji akan mengurus segala dokumen seperti sijil lahir kanak-kanak terbabit tetapi sehingga sekarang ibu bapa kanak-kanak itu tidak muncul.

Pengadu dan isteri cuba menghubungi ibu bapa kandung kanak-kanak berkenaan tetapi gagal serta tidak tahu di mana keberadaan mereka, dan sehingga sekarang ibu bapa kanak-kanak itu tidak muncul.

Menurut Asmad, pengadu memaklumkan kanak-kanak itu mengenali pengadu dan isteri sebagai ibu bapa kandungnya.

Sehubungan itu, beliau meminta waris atau sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi Asmad di talian 089-518301.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *