Remaja Maut Motosikal Bertembung Kereta Di Kota Belud

Keadaan motiskal di lokasi kejadian selepas kemalangan.

KOTA BELUD: Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal mereka bertembung sebuah kenderaan di Jalan Kudat Bypass di Bulatan Sembirai Kota Belud.

Mangsa dikenali sebagai Sahnizam Nair, 19, beralamat di Kampung Kulambai di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian jam 11.30 malam berlaku apabila seorang guru berumur 49 tahun menaiki kereta jenis kompak dari arah Taun Gusi menuju ke Kampung Kulambai.

“Sebaik di lokasi kejadian motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang lagi lelaki berumur 21 tahun secara tiba-tiba keluar dari simpang bulatan Kampung Sembirai secara melawan arus serta tidak membuat pusingan di bulatan dan terus masuk ke laluan kereta berkenaan.

“Kejadian menyebabkan pemandu kereta terkejut dan terus mengelak dengan memusingkan streng kereta ke sebelah kanan lalu bertembung dengan motosikal mangsa,” katanya.

Menurutnya impak kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian dan pemboncengnya mengalami kecederaan parah di bahagian kaki tangan. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *