‘Oh Baru Saya Tahu Kenapa Harga Roti Gardenia Di Sabah & Sarawak Lebih Mahal’.. Ini Jawapan Pihak Gardenia Yang Ramai Tidak Tahu

Baru-baru ini harga roti Gardenia di Sabah dan Sarawak kembali menjadi isu hangat diperbahaskan di laman Twitter. Seperti yang diketahui, roti jenama ini boleh didapati dengan mudah kedai runcit mahupun serbaneka di Semenanjung Malaysia. Kebiasaannya, ia dijual dengan harga yang murah, serendah  RM1.00 Sehingga RM5.00.

Namun, berbeza di Sabah dan sarawak. Perkara ini mula tular setelah seorang individu memuatnaik status di laman Twitternya.

Individu berkenaan mendakwa bahawa mereka dari Sabah dan Sarawak akan membeli roti jenama ini dengan kuantiti yang banyak sekaligus untuk di bawa pulang ke sana.

Malah, perkara ini turut disokong oleh ramai pihak di ruangan komen.

Justeru, mula muncul persoalan dan spekulasi mengapa isu ini terjadi. Ada yang mengatakan bahawa harga roti di sana lebih mahal dua kali ganda dan disebabkan itulah ramai yang lebih suka membelinya di Semenanjung Malaysia.

Tidak terkecuali ada juga individu yang mendakwa bahawa harga roti berkenaan dipengaruhi oleh kos pengangkutan. Dan disebabkan itulah, ramai yang tertanya-tanya sebab utama Gardenia tidak membuka kilang di Sabah mahupun Sarawak.

Gambar: Twitter

Oleh itu, untuk mengelakkan pertikaian dan persepsi, selepas menghubungi sendiri pihak Gardenia untuk mengetahui perkara sebenar. Menurut mereka:

Dua entiti perniagaan berasingan, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia Food Industries Sabah

Kami di Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd [GBKL] ingin menjelaskan bahawa GBKL dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza, dan tiada kaitan antara satu sama lain. GBKL hanya beroperasi untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.

Manakala, Gardenia Sabah tertakluk dan meliputi pasaran Borneo atau Malaysia Timur. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza. Justeru, semua harga yang ditetapkan adalah tertakhluk kepada syarikat berkenaan.

GBKL ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami di Semenanjung Malaysia bahawa adalah dasar dan kepercayaan kami untuk memberikan sesuatu yang terbaik dari segi produk dan perkhidmatan. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput orang ramai untuk datang melawat dan melihat sendiri operasi kami.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *