Video Intim Haziq Tulen, Tapi Bukan Pelakunya – KPN

KUALA LUMPUR 18 Julai – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video intim membaitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen.

Bagaimanapun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.

“Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

“Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandaiā€¦ perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

“Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara,” katanya dalam satu rancangan televisyen terbitan RTM, malam tadi seperti yang dipetik oleh Malaysiakini.

UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *