(VIDEO) Wanita Buka ‘Santut’ Selepas Penumpang Lain Enggan Beri Tempat Duduk

Adalah sukar untuk mendapatkan tempat duduk di dalam tren ketika berada di waktu puncak.

Walaupun sudah diberi peringatan kepada semua penumpang agar memberi keutamaan kepada golongan wanita hamil, ibu bapa dengan anak kecil, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU), namun masih ada penumpang yang tidak bertimbang rasa. 

Menurut laporan Sputnik News, kira-kira tujuh pengguna yang menggunakan pengangkutan tren Metro di Moscow dan sudah pasti ramai yang tidak berpeluang untuk duduk. 

Namun bagi wanita ini, dia sanggup bertindak di luar batasan hanya kerana berang tidak diberikan tempat duduk walaupun dia sudah meminta. 

Difahamkan, wanita itu pada awalnya menghampiri seorang lelaki dan meminta diberikan tempat duduk kepadanya. Tetapi lelaki itu enggan berbuat demikian dan bertanya kenapa dia perlu akur dengan permintaan wanita itu. 

Wanita berkenaan secara tiba-tiba menanggalkan skirt dan membuka seluar dalamnya lalu menunjukkan kepada lelaki itu kemaluannya dan berkata, “Inilah sebabnya, sebabnya saya seorang wanita.”. 

Malangnya lelaki itu tetap tidak berganjak membuatkan dia kecewa dan bersandar di tepi pintu tren dalam keadaan separuh bogel. 

Beberapa penumpang di stesen lain terkejut melihat keadaan wanita itu dan enggan menaiki tren tersebut. 

Selepas melalui beberapa station, dia memakai semula skirtnya. 

Sumber: Sputnik NewsWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *